Monday, August 23, 2010

TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Berhati-hati dengan pengambilan Vitamin atau makanan tambahan.

Kita perlulah berwaspada dalam pengambilan sesuatu makanan tambahan atau vitamin kerana sesetengah produk yang dijual tidak sesuai dengan tubuh badan kita. Oleh itu, kita haruslah mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh dengan mengambil pemakanan yang seimbang atau perlu rujuk kepada doktor jika ingin mengambil makanan tambahan.

Amalan tidur yang cukup.

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Badan manusia memerlukan rehat yang secukupnya untuk membantu daya ingatan berfungsi dengan sempurna. Hal ini demikian kerana keletihan akan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi untuk menyimpan maklumat yang diterima.

Mengawal tekanan.

Seseorang itu hendaklah mengawal tekanan. Kegagalan dalam mengawal tekanan akan menyebabkan jiwa tidak tenteram dan kesihatan mental akan terganggu. Selain itu, tekanan boleh menyebabkan seseorang itu tidak peka terhadap keadaan persekitarannya. Seseorang yang berada di bawah tekanan sukar untuk menyimpan atau mengingati sesuatu maklumat dengan baik.

Bersenam.

Kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Aktiviti senaman yang dilakukan dapat memberi regangan pada otot dan sekaligus melancarkan peredaran darah ke otak.  Contoh senaman yang boleh dilakukan adalah berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.

Belajar sesuatu yang baru.

Cuba aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru. Misalnya mempelajari pelbagai bahasa, mengikti kursus kemahiran jangka pendek, menghadiri ceramah dan motivasi.


Disediakan oleh :
Mohamad Helmi b. Mohamed Abd Aziz
( 204915 )

No comments:

Post a Comment