Monday, August 23, 2010

FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA ATAU DAYA INGATAN SESEORANG

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan minda atau daya ingatan seseorang itu menjadi lemah.
Faktor pertama ialah makan makanan yang dicemari oleh semut kerana semut dipercayai mempunyai sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Faktor kedua pula ialah makan makanan ringan atau makanan segera. Kita perlu elakkan diri daripada makan makanan ringan atau segera dalam kuantiti yang banyak. Hal ini demikian kerana makanan tersebut mengandungi kadar garam dan bahan perasa yang banyak dan tidak baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Selain itu, makan makanan atau buah yang masam secara kerap seperti jeruk dan asam juga boleh menyebabkan daya ingatan kita menjadi lemah. Keadaan ini berlaku kerana jeruk dan asam mempunyai kadar asid yang tinggi yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi tumpul. Kita juga tidak digalakkan mengambil minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi. Antara contoh minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi ialah nescafe dan kopi. Hal ini demikian kerana apabila minuman berkafein diambil bersama susu, ia akan menghalang pengaliran oksigen ke otak dan sekaligus menyebabkan tahap daya ingatan menurun.

Kita juga tidak digalakkan minum antara suapan makan. Maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan atau makan diselang-selikan dengan air. Selain itu, minuman bergas dan beralkohol tidak baik untuk kesihatan otak dan badan. Minuman beralkohol akan memudaratkan diri seseorang dan akan membuat seseorang itu mabuk dan tidak bertindak dengan rasional dalam melakukan sesuatu perkara atau dengan lebih tepat lagi tidak mengikut akal fikiran yang waras.

Menurut kajian, kepala kita tidak elok terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang kerana pada waktu tersebut kandungan sinaran matahari tidak mengandungi vitamin. Waktu yang terbaik adalah selepas subuh dan pada waktu petang. Selain itu, kita juga harus mengelakkan diri daripada runsing, stress dan bersedih. Keadaan ini tidak baik untuk perkembangan otak kerana jika kita runsing otak tidak dapat berfungsi dengan baik










Disediakan oleh,
Siti Nadzirah Bt Abd Razak
( 204994 )

1 comment: