Fish

Tuesday, August 24, 2010

Definisi Pintar Cerdas

Pintar cerdas merujuk kepada kanak-kanak, pelajar dan belia yang mempunyai potensi, kebolehan dan pencapaian yang tinggi dari segi pelbagai bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang terbaik dan lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperoleh dari sekolah-sekolah lain.

Teori dan Konsep IQ

Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat.
Untuk mendapatkan otak yang sihat dan cerdas, kita haruslah memiliki tubuh badan yang sihat terlebih dahulu.
Oleh itu, kita haruslah melakukan langkah-langkah ini bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat sekaligus dapat menjana minda yang cerdas adalah dengan melakukan senaman, mengamalkan amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan mengikut piramid makanan, mengamalkan cara hidup yang sihat, berpuasa, mempunyai jiwa yang tenang, sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan.

Selain itu, IQ atau keseimbangan mental dapat membezakan tahap IQ antara seseorang individu dengan individu lain. IQ boleh menggambarkan darjah ketinggian kecerdasan individu bagi menerima dan menyerap fakta secara objektif dan menyimpan di dalam ingatan jangka panjang dan jangka pendek.

Disediakan oleh,
Nurul Saniah bt Ahmad
( 204930 )

Monday, August 23, 2010

BAHAGIAN DAN FUNGSI OTAK

Setiap bahagian otak mengendalikan fungsi yang berbeza-beza.
Bahagian-bahagian otak adalah seperti berikut :

# Medulla Oblongata @ batang otak
  • Mengendalikan fungsi-fungsi penyangga kehidupan dasar.
  • Contohnya pernafasan dan kelajuan denyutan jantung, mengendali suhu, proses pencernaan, dan menyampaikan informasi dari serebelum.
# Serebelum @ otak kecil / otak belakang
  • Mengendalikan gerak tubuh dalam ruang dan menyimpan ingatan untuk respon-respon dasar yang dipelajari.
# Sistem Limbik @ otak tengah
  • Sistem limbik penting bagi pembelajaran dan ingatan jangka pendek.
  • Menjaga homeostatis di dalam tubuh iaitu tekanan darah, suhu badan dan kadar gula dalam darah.
  • Terlibat dalam emosi ketahanan hidup dari hasrat seksual atau perlindungan badan.
  • Sistem limbik mengandung Hipotalamus yang sering dianggap penting.
  • Hipotalamus mengatur hormon, emosi, makanan, minuman, suhu badan, keseimbangan kimiari, tidur, dan bangun serta mengatur kelenjar utama dari otak ( kelenjar pituitari )
# Serebrum @ korteks serebral
  • Serebrum adalah karya besar evolusi alam dan bertanggungjawab ke atas ketrampilan termasuk ingatan, komunikasi, pembuatan keputusan dan kreativiti.
  • Fungsinya pengaturan, ingatan, pemahaman, komunikasi, kreativiti, pembuatan keputusa, bicara, dan muzik.
# Kekuatan otak adalah serebrum atau disebut 'Otak Kiri dan Otak Kanan'.
  • Serebrum membahagikan tugas ke dalam dua kategori utama iaitu otak kanan dan otak kiri.
  • Antara tugas otak kanan adalah irama, kesedaran ruang, imaginasi, melamun, warna, dimensi dan tugas-tugas yang memerlukan kesedaran holistik atau gambaran keseluruhan.
  • Antara tugas otak kiri adalah kata-kata, logikal, angka, urutan, daftar dan analisis.

Disediakan oleh :
Sofiah binti Bidin
( 204913 )

ATURAN PENGAMBILAN PEMAKANAN SEHARIAN.

Bagi menjana IQ yang sihat, salah satu faktor yang patut diambil kira adalah daripada aspek pemakanan. Pengambilan pemakanan yang baik mampu untuk mencerdaskan otak. Pengambilan makanan bermula dengan pengambilan sarapan. Sarapan sangat penting kerana ia akan membekalkan tenaga yang akan digunakan sepanjang hari. Pengambilan sarapan pagi yang berat akan mengurangkan pengambilan makanan pada waktu tengah hari kerana ketika itu perut masih lagi kenyang.

Selain itu, pengambilan sarapan pagi juga mampu mengelakkan kita daripada merasa mengantuk. Sebagai pelajar, kita juga boleh mengamalkan makan kismis sebagai snek tambahan. Bagi pengambilan makan malam pula, kita digalakkan makan sebelum jam 6 petang bagi mempermudahkan proses penghadaman. Bagi individu yang suka mengamalkan makan lewat malam, anda bolehlah mengambil beberapa keping biskut dan segelas susu. Ia mampu memberikan tenaga dan tidur yang lena setelah seharian kita bekerja atau belajar.





Disediakan oleh :
Mazidah Bt Ali
( 204655 )

TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Berhati-hati dengan pengambilan Vitamin atau makanan tambahan.

Kita perlulah berwaspada dalam pengambilan sesuatu makanan tambahan atau vitamin kerana sesetengah produk yang dijual tidak sesuai dengan tubuh badan kita. Oleh itu, kita haruslah mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh dengan mengambil pemakanan yang seimbang atau perlu rujuk kepada doktor jika ingin mengambil makanan tambahan.

Amalan tidur yang cukup.

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Badan manusia memerlukan rehat yang secukupnya untuk membantu daya ingatan berfungsi dengan sempurna. Hal ini demikian kerana keletihan akan menyebabkan otak tidak dapat berfungsi untuk menyimpan maklumat yang diterima.

Mengawal tekanan.

Seseorang itu hendaklah mengawal tekanan. Kegagalan dalam mengawal tekanan akan menyebabkan jiwa tidak tenteram dan kesihatan mental akan terganggu. Selain itu, tekanan boleh menyebabkan seseorang itu tidak peka terhadap keadaan persekitarannya. Seseorang yang berada di bawah tekanan sukar untuk menyimpan atau mengingati sesuatu maklumat dengan baik.

Bersenam.

Kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Aktiviti senaman yang dilakukan dapat memberi regangan pada otot dan sekaligus melancarkan peredaran darah ke otak.  Contoh senaman yang boleh dilakukan adalah berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.

Belajar sesuatu yang baru.

Cuba aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru. Misalnya mempelajari pelbagai bahasa, mengikti kursus kemahiran jangka pendek, menghadiri ceramah dan motivasi.


Disediakan oleh :
Mohamad Helmi b. Mohamed Abd Aziz
( 204915 )

CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN MELALUI PEMBELAJARAN

Melalui teknik pembelajaran juga kita dapat meningkatkan daya ingatan kita.
Terdapat beberapa cara melalui kaedah pembelajaran yang boleh kita ambil untuk meningkatkan daya ingatan kita.
Antaranya ialah :

Minat terhadap apa yang dipelajari.

Ini merupakan syarat utama untuk kita mudah mengingati. Kita tidak boleh memaksa otak kita untuk mengingati sesuatu yang kita tidak minat. Jika seseorang pelajar minat terhadap pembelajaran yang diajar oleh gurunya, pasti proses mengingati akan berjalan dengan lancar.

Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Tumpuan adalah penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak daya tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda.

Fahami dahulu sebelum mengingati.

Anda perlu faham maklumat atau fakta yang anda akan ingati bagi memudahkan maklumat tersebut untuk disimpan seterusnya dapat diingati dengan lebih mudah.

Menyusun ingatan secara logik. ( menggunakan peta minda )

Biasanya lebih mudah untuk kita mengingati sesuatu fakta atau maklumat dalam satu rumpun yang berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika sesuatu fakta itu dapat dikaitkan dengan fakta yang lain melalui gambar rajah atau peta minda.

Latih tubi dan ulangkaji yang berulang kali.

Ingatan anda akan menjadi lebih kukuh dan kuat jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang.
Latih tubi pula akan mempercepatkan lagi proses mengingati.

Sentiasa menggunakan fakta dan maklumat yang diingati.

Menghafal fakta atau maklumat bukan semata-mata untuk diingati. Jika anda sentiasa menggunakan fakta dan maklumat tersebut dalam sesuatu perbincangan, pasti ingatan anda akan menjadi semakin tajam dan akan bertahan lebih lama lagi dalam kotak ingatan anda.




Disediakan oleh :
Mohd. Shukri b. Shamsuddin
( 205021 )

LIMA CARA MENAJAMKAN MEMORI ANDA

Di sini terdapat lima cara yang dapat menajamkan memori seseorang individu itu.
Antaranya ialah :

1) Pengambilan kafein dan coklat yang sesuai.

Menurut saintis, pengambilan kafein dan coklat dalam jumlah yang sedikit setiap hari akan membantu mengatasi masalah daya ingatan. Kafein juga mengandungi bahan antioksida yang boleh membuang sel otak yang sudah rosak, namun pengambilannya bersama susu akan menghalang proses penyerapan antioksida.

2) Tidur yang mencukupi.

Otak akan berfungsi dengan elok dan meningkatkan daya ingatan sekiranya mendapat tidur yang cukup. Semasa tidur juga, otak akan melemahkan neuron lama dan mengaktifkan neuron baru yang akan membantu untuk mengingati semula dengan mudah. bagi mengekalkan ingatan, manusia memerlukan kira-kira lapan jam tidur pada waktu malam.

3) Memilih lemak yang betul.

Pemilihan lemak yang betul boleh mengekalkan kekuasaan otak. Asid lemak seperti omega 3 dapat mengekalkan fungsi kognitif. Minyak ikan merupakan protein terbaik untuk fungsi otak. Pengambilan lemak yang tidak baik akan merosakkan ingatan dengan menyempitkan saluran darah dalam otak dan mengurangkan aliran darah ke otak. Lemak yang tidak baik banyak terdapat dalam makanan seperti marjerin dan kentang goreng.

4) Senaman aerobik.

Menurut pakar, senaman aerobik membantu meningkatkan daya ingatan yang berkualiti. Senaman aerobik juga akan membantu sistem aliran darah pada bahagian otak dengan lancar. Senaman ini meningkatkan dan mengurangkan tekanan.

5) Mencabar minda anda.

Pekerjaan yang melibatkan minda dapat merangsang fungsi otak. Hobi yang mencabar seperti teka silangkata dan membaca dapat meningkatkan kekuatan otak. Pencabar minda dapat menghalang kemerosotan kognitif dan menguatkan hubungan neuron serta menguatkan pertumbuhannya.



Disediakan oleh :
Safiah Bt Suhaimi
( 204985 )

ADAKAH DAYA INGATAN ANDA DAPAT DTINGKATKAN ?

Adakah anda sering lupa? kemungkinan kemampuan otak anda untuk mengingati sudah mulai menurun. Sebenarnya, lupa adalah proses permulaan mengingati sesuatu. Perlu anda ketahui, kemampuan daya ingatan manusia umumnya terbahagi kepada tiga peringkat iaitu mengingat, merekam dan mendapatkan kembali. Tapi adakah daya ingatan anda boleh ditingkatkan? Bagaimana caranya?
  1. Sentiasa mengingati Allah s.w.t.
  2. Mengamalkan puasa kerana dapat menajamkan minda.
  3. Berdoa kepada Allah s.w.t agar anda diberikan ingatan yang kuat.
  4. Membaca dan menghafal Al-Quran bagi orang muslim kerana dengan membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan.
  5. Tidur yang nyenyak sangat baik untuk ingatan anda.
  6. Rehat yang secukupnya amat penting bagi memastikan otak berfungsi secara maksimum.
  7. Kembangkan sikap mental positif kerana sikap ini akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang tinggi.
  8. Berbicara sendiri tentang sesuatu yang kita rencanakan.
  9. Menata fikiran dengan membentuk urutan informasi akan membuatkan sesuatu lebih mudah diingat.



Disediakan oleh :
Muhd. Afiq Izzuddin b. Kamil
( 204929 )

MAKANAN YANG BAIK UNTUK OTAK

Untuk menguatkan daya ingatan. dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t., kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat meningkatkan kekuatan otak dan sistem saraf kita. Banyak kajian yang manyatakan  pemilihan pemakanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak sehingga 50%. Antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah seperti berikut :
  • Buah-buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, beri biru )
  • Sayur-sayuran ( lobak merah, halia )
  • Ulam-ulaman ( pegaga, daun sadri )
  • Tumbuhan herba ( gingko biloba )
  • Bijirin dan kekacang ( badan, walnut, kacang soya )
  • Roti
  • Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu )
  • Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun )
  • Ikan tuna
  • Telur ayam
  • Daging ayam
  • Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Complex (B12) )
Apa yang penting, makanan tersebut mestilah halal, segar, baik, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan dan tiada pewarna tiruan.


Disediakan oleh :
Siti Khairunnisah Bt Abas
( 198766 )

FAKTOR YANG MELEMAHKAN MINDA ATAU DAYA INGATAN SESEORANG

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan minda atau daya ingatan seseorang itu menjadi lemah.
Faktor pertama ialah makan makanan yang dicemari oleh semut kerana semut dipercayai mempunyai sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Faktor kedua pula ialah makan makanan ringan atau makanan segera. Kita perlu elakkan diri daripada makan makanan ringan atau segera dalam kuantiti yang banyak. Hal ini demikian kerana makanan tersebut mengandungi kadar garam dan bahan perasa yang banyak dan tidak baik untuk kesihatan fizikal dan mental.

Selain itu, makan makanan atau buah yang masam secara kerap seperti jeruk dan asam juga boleh menyebabkan daya ingatan kita menjadi lemah. Keadaan ini berlaku kerana jeruk dan asam mempunyai kadar asid yang tinggi yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi tumpul. Kita juga tidak digalakkan mengambil minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi. Antara contoh minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi ialah nescafe dan kopi. Hal ini demikian kerana apabila minuman berkafein diambil bersama susu, ia akan menghalang pengaliran oksigen ke otak dan sekaligus menyebabkan tahap daya ingatan menurun.

Kita juga tidak digalakkan minum antara suapan makan. Maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan atau makan diselang-selikan dengan air. Selain itu, minuman bergas dan beralkohol tidak baik untuk kesihatan otak dan badan. Minuman beralkohol akan memudaratkan diri seseorang dan akan membuat seseorang itu mabuk dan tidak bertindak dengan rasional dalam melakukan sesuatu perkara atau dengan lebih tepat lagi tidak mengikut akal fikiran yang waras.

Menurut kajian, kepala kita tidak elok terdedah kepada sinaran matahari antara pukul 10.00 pagi hingga pukul 4.00 petang kerana pada waktu tersebut kandungan sinaran matahari tidak mengandungi vitamin. Waktu yang terbaik adalah selepas subuh dan pada waktu petang. Selain itu, kita juga harus mengelakkan diri daripada runsing, stress dan bersedih. Keadaan ini tidak baik untuk perkembangan otak kerana jika kita runsing otak tidak dapat berfungsi dengan baik










Disediakan oleh,
Siti Nadzirah Bt Abd Razak
( 204994 )