Monday, August 23, 2010

CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN MELALUI PEMBELAJARAN

Melalui teknik pembelajaran juga kita dapat meningkatkan daya ingatan kita.
Terdapat beberapa cara melalui kaedah pembelajaran yang boleh kita ambil untuk meningkatkan daya ingatan kita.
Antaranya ialah :

Minat terhadap apa yang dipelajari.

Ini merupakan syarat utama untuk kita mudah mengingati. Kita tidak boleh memaksa otak kita untuk mengingati sesuatu yang kita tidak minat. Jika seseorang pelajar minat terhadap pembelajaran yang diajar oleh gurunya, pasti proses mengingati akan berjalan dengan lancar.

Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.

Tumpuan adalah penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak daya tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda.

Fahami dahulu sebelum mengingati.

Anda perlu faham maklumat atau fakta yang anda akan ingati bagi memudahkan maklumat tersebut untuk disimpan seterusnya dapat diingati dengan lebih mudah.

Menyusun ingatan secara logik. ( menggunakan peta minda )

Biasanya lebih mudah untuk kita mengingati sesuatu fakta atau maklumat dalam satu rumpun yang berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah jika sesuatu fakta itu dapat dikaitkan dengan fakta yang lain melalui gambar rajah atau peta minda.

Latih tubi dan ulangkaji yang berulang kali.

Ingatan anda akan menjadi lebih kukuh dan kuat jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang.
Latih tubi pula akan mempercepatkan lagi proses mengingati.

Sentiasa menggunakan fakta dan maklumat yang diingati.

Menghafal fakta atau maklumat bukan semata-mata untuk diingati. Jika anda sentiasa menggunakan fakta dan maklumat tersebut dalam sesuatu perbincangan, pasti ingatan anda akan menjadi semakin tajam dan akan bertahan lebih lama lagi dalam kotak ingatan anda.




Disediakan oleh :
Mohd. Shukri b. Shamsuddin
( 205021 )

1 comment:

  1. Pengambilan habbatus sauda boleh kuatkan ingatan kita..
    http://www.muslimchoices.com/?p=minsyam_habbatus_sauda

    ReplyDelete